BERITA SEMASA

Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia pada hari ini.

Berita duka itu dikongsi menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Santubong itu.

Datuk Seri Nancy Shukri turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.

Menurut perancangan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dan disemadikan di Kuching, Sarawak esok.

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan roh beliau dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya jugalah kita akan kembali.” (Surah Al-Baqarah, ayat 156),” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button