BERITA SEMASA

Sistem IEMS pantau aktiviti perdagangan 24 jam – Armizan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menggunakan Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Bersepadu (IEMS) yang telah dinaik taraf untuk memantau aktiviti perdagangan di seluruh negara selama 24 jam.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sistem pemantauan tersebut melibatkan komponen penambahbaikan kaedah memeriksa dan mengkompaun dengan konsep 5P iaitu perisikan, pemeriksaan, penyiasatan, pendakwaan dan pengurusan ekshibit.

“Penaiktarafan sistem ini juga meliputi Modul Kawal Selia Harga dan Bekalan, Harta Intelek, Pengurusan Penguatkuasaan dan Aplikasi Mudah Alih bagi kegunaan operasi pegawai penguatkuasa menerusi telefon bimbit, tablet komputer, komputer riba dan pencetak.

“Sistem ini diintegrasi secara terus dan mengikut masa nyata (real time) dengan Pusat Arahan Penguatkuasa (Enforcement Command Center ECC),” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, ECC akan terus beroperasi dan tidak tutup bagi memastikan tugas-tugas penguatkuasaan dan pemantauan dapat dijalankan sepanjang hari raya ini.

Ujarnya, ECC KPDN akan mengurus maklumat dan aduan serta mengatur tindakan penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan isu-isu berkaitan bekalan barang, harga barangan dan aduan dari pengguna dapat diselesaikan dengan berkesan.

Sementara itu, statistik pada 2023 KPDN aduan berkaitan isu bekalan dan harga barang diterima, iaitu sebanyak 914 aduan telah disiasat berkaitan barangan minyak masak (334 aduan), gula (229 aduan), telur (149 aduan), ayam (98 aduan), gas petroleum cecair LPG (62 aduan).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button