
6 PTO baharu akan dikeluarkan NADMA hadapi bencana
PUTRAJAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengeluarkan enam Peraturan Tetap Operasi (PTO) baharu bagi memantapkan pengurusan bencana negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, PTO itu membabitkan komunikasi bencana, pusat kawalan operasi bencana, pusat kawalan tempat kejadian, bencana nuklear dan radiologi, bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa serta bencana tanah runtuh.
“Drafnya telah ada dan akan dimurnikan dalam beberapa sesi dengan pemegang taruh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi libat urus bersama media di sini, hari ini.
Armizan berkata, NADMA telah mengeluarkan tujuh PTO sebelum ini iaitu banjir dan siklon tropika, industri, jerebu, petrokimia, gempa bumi, tsunami serta kemarau.
Beliau berkata, dalam menggubal PTO, Nadma diminta bukan hanya mendapatkan pandangan agensi kerajaan tetapi juga ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk teknologi.
Kataya, PTO adalah garis panduan yang mengkhusus kepada jenis bencana contohnya pengurusan komunikasi seperti ketika insiden tanah runtuh di Batang Kali di mana pengamal media mengadu tidak mendapat maklumat awal atau lambat dimaklumkan mengenai perkembangan terkini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








