JENAYAH & MAHKAMAH

Siak ditahan ganggu remaja dalam kereta ke masjid

HULU SELANGOR – Seorang lelaki yang bekerja sebagai siak di sebuah masjid di Bukit Sentosa, di sini ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid As-Salam, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.41 petang, Rabu lalu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa menaiki kereta suspek dari stesen bas Bukit Sentosa untuk ke Masjid As-Salam bagi berjumpa rakan.

“Mangsa mengenali suspek sejak Disember tahun lalu ketika menumpang di masjid berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ibrahim, suspek dipercayai memegang kemaluan mangsa semasa berada di dalam kenderaan selain turut menghantar mesej berunsur lucah ke telefon bimbit remaja terbabit.

“Hasil tindakan segera Bahagian Siasatan Jenayah, suspek ditahan pada 16 Oktober kira-kira pukul 12.30 tengah malam di rumahnya di Bukit Sentosa, Rawang untuk membantu siasatan.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 22 Oktober bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button