Serangan udara Saudi di Mokha ragut enam nyawa
SANAA – Sekurang-kurangnya enam orang termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara di bandar pelabuhan strategik Mokha di pesisir Laut Merah, semalam.
Lapaoran berita Saba yang bersekutu dengan kumpulan Houthi mendakwa serangan itu dilancarkan oleh pakatan diketuai Arab Saudi terhadap Mokha yang kini dikuasai kumpulan berkenaan.
“Enam orang awam termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita terbunuh manakala lapan lagi termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita cedera,” menurut laporan itu.
Serangan berkenaan berlaku ketika kumpulan Houthi meneruskan kemaraan pantas untuk menguasai kawasan pesisir Laut Merah Yemen, termasuk Mokha, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua badan pemerintahan Yaman, Rashad al-Alimi dilaporkan menghubungi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad bagi meminta sokongan Washington berdepan kumpulan Houthi.
Menurut sumber berita antarabangsa, Trump bagaimanapun tidak memberikan jaminan sokongan ketenteraan buat masa ini.
Arab Saudi sebelum ini turut dilaporkan meminta sokongan AS ketika Houthi meningkatkan serangan terhadap sasaran di Arab Saudi, termasuk menggunakan dron dan peluru berpandu balistik.
Konflik Yaman tercetus pada 2014 selepas Houthi menawan ibu negara, Sanaa, sebelum Arab Saudi mengetuai pakatan menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa pada 2015.
Pertempuran itu kemudian red selepas gencatan senjata pada 2022, namun kembali memuncak sejak Julai lalu apabila Houthi melancarkan serangan baharu dan menguasai beberapa kawasan strategik di pesisir Laut Merah.
Kemaraan Houthi turut meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan laluan perkapalan antarabangsa berhampiran Selat Bab al-Mandab, antara laluan penting yang menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


