BERITA SEMASA

Seorang mangsa nahas helikopter meninggal dunia – Adik ipar

CYBERJAYA – Salah seorang mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, Sarawak, petang tadi, dikatakan meninggal dunia

Memetik laporan BH Online, berita sedih itu dimaklumkan Nureez Mohd Pauzi yang juga adik ipar kepada Dr Ainul Baroah Kamaruddin yang dikenal pasti sebagai antara lima individu berada dalam helikopter malang berkenaan.

Beliau berkata, suami Dr Ainul, Muhammad Faiz Abdul Malik, menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), kira-kira pukul 4 petang.

“Kami sekeluarga kini berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) untuk ke Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Sarawak pada subuh esok,” katanya dalam laporan tersebut, sebentar tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button