Semua MRSM bakal miliki warden sepenuh masa mulai 2027
KUALA LUMPUR – Kesemua 58 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara akan dilengkapi warden sepenuh masa bermula tahun depan dalam usaha memperkukuh pengurusan pelajar serta meringankan beban tugas guru.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan warden tersebut akan melibatkan bekas anggota beruniform yang telah melalui proses pemilihan ketat serta latihan khas bagi memahami Falsafah Pendidikan MARA.
Menurut beliau, langkah itu bertujuan membolehkan guru memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas hakiki iaitu mengajar.
“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, sebaliknya boleh fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya menerusi satu hantaran di platform Threads.
Cadangan itu turut menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai langkah tepat dalam memperkasakan institusi pendidikan berasrama penuh.
“DAWD ni bukan level Pengerusi MARA dah. Next term tolong bagi menteri penuh. Markah SKT layak dapat APC,” komen @burnszooloo.
“SBP dan Teknik should follow this,” tulis @abdulkhaliqputra pula.
“Harap dapat diikuti KPM. Bagi cikgu mengajar saja,” kata @sakinah_hashim456.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








