KUALA TERENGGANU – Semua masjid dan surau di seluruh negara digalakkan memperbanyakkan bacaan al-Quran bersempena sambutan Nuzul Quran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, setiap tahun Quran Hour (QH) menjadi program utama sambutan Nuzul al-Quran yang disambut Rabu ini.
Menurutnya, pada 25 Mac ini, QH akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Kita harapkan bersempena Nuzul al-Quran, masjid dan surau memperbanyakkan aktiviti dan program untuk menggalakkan masyarakat Islam membaca al-Quran dan mentadabbur al-Quran,” katanya.
Mohd Na’im berkata demikian ketika ditemui pada Program Santuni Komuniti Madani Bersama Pemandu Bas/Teksi Kuala Terengganu Dan Agihan Bubur Lambuk Kepada Penduduk Sekitar, Di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, di sini hari ini.
Menurutnya, ini adalah sebahagian usaha untuk memartabatkan al-Quran dan hasrat supaya al-Quran dihayati sama ada di peringkat nasional mahupun negeri.
Pada masa yang sama, katanya, al-Quran perlu dihayati hingga berjaya membentuk masyarakat yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








