JENAYAH & MAHKAMAH

Seludup dadah, polis tahan seorang lagi juruterbang

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang juruterbang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah yang melibatkan seorang pembantu juruterbang warga Malaysia, yang ditahan bersama dadah bernilai kira-kira RM45 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Julai lepas.

Suspek terbaharu, lelaki warga Malaysia berusia 30-an, ditahan di Lembah Klang dua hari lalu, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan di negara ini berhubung kes berkenaan kepada tujuh orang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berkenaan bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan yang berbeza.

“Siasatan mendapati juruterbang itu dipercayai terlibat dalam urusan aliran wang antara sindiket berkenaan dengan pembantu juruterbang tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button