
Selepas lebih sedekad sekuel teater muzikal In perfect harmony kembali semula
KUALA LUMPUR – Selepas lebih sedekad teater muzikal In perfect harmony yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat teater kembali semula dengan sekuel terbaharu.
Sekuel terbaharu itu yang bertajuk ‘In perfect harmony too’ dibawakan secara khas oleh The Edge dan Dama Asia.
Penerbit Dama Asia, Poon Kai Loon berkata, sebanyak 26 buah lagu dibawakan di dalam persembahan teater muzikal ini yang pastinya dapat mengimbau kenangan yang lalu.
“Penceritaan dalam teater ini yang menyentuh tentang suka duka dan perpaduan di antara kaum di Malaysia menjadi intipati utama dalam teater ini dan pastinya menghiburkan setiap penonton yang hadir.
“In Perfect Harmony Too ialah sekuel kepada produksi In Perfect Harmony pertama kami yang dipersembahkan pada tahun 2011.
“Pesembahan baharu ini juga dalam harmoni yang sempurna! Tetapi dengan perbezaan. Ia menjanjikan menyeronokkan dan menghiburkan,” katanya kepada Malaysia Tribune.
Lebih istimewa katanya, persembahan itu merupakan yang pertama setelah hampir tiga tahun tidak berkarya kerana Covid-19.
“Persembahan ini diadakan untuk meraikan kepelbagaian budaya Malaysia. Himpunan lagu-lagu popular Inggeris, Melayu, Mandarin, Kantonis dan Hindi, bersama-sama dengan lagu-lagu dari Sabah dan Sarawak, dan negara-negara lain, pasti menarik hati ramai rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau warna kulit.

“Rakan-rakan kami dari luar negara dialu-alukan untuk menyertai kami dalam sambutan warisan budaya yang menjadikan kita rakyat Malaysia unik dan bangga.”
“Sumbangan dari pihak korperat dan masyarakat yang meminati teater amat menggalakkan setakat hari ini dan kami berharap akan mendapat sambutan yang lebih baik lagi di minggu hadapan,” katanya.
Selain itu katanya, teater ini turut mengadakan pengumpulan dana untuk “All Woman Action Society” (AWAM) bagi membantu persatuan ini menjalankan aktviti bagi melindungi wanita di Malaysia.
Teater ini bermula dari 4 hingga 13 Ogos dipentaskan di PJPac, 1 Utama Bandar Utama untuk tiket dan maklumat lanjut sila hubungi 03-77324788 atau di www.onetix.com.my dan event.dama.asia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





