BERITA SEMASA

Bintang Paling Popular, Bell Ngasri bakal muncul dalam teater Pak Pandir dan Labu Ajaib

KUALA LUMPUR – Syarikat produksi, JN Studio dan Entertaiment dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bakal menganjurkan sebuah persembahan teater muzikal kanak-kanak berjudul ‘Pak Pandir dan Labu Ajaib’ bermula dari 13 hingga 15 Oktober ini.

Teater muzikal itu yang merupakan ideal asal pelakon serta penerbit Janna Nick akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur.

Selain Janna Nick, teater ini turut menampilkan Bell Ngasri, Puteri Sarah, Norreen Iman, Aya Amiruddin dan Naque Ariffin.

Dengan mengangkat warisan seni budaya dalam hikayat rakyat iaitu kisah Pak Pandir, teater ini diarahkan oleh Aminah Rhapor yang sebelum ini mengarah naskah teater kanak-kanak popular ‘Siti Di Alam Fantasi’, bersama Amar Reza Zainal Abidin yang juga merupakan penulis skrip untuk naskah ini.

Selain itu, teater ini juga mengangkat tema nilai dan mesej yang ingin disampaikan dalam kisah Pak Pandir dalam pengembaraannya yang mempunyai pelbagai cabaran dan halangan serta perjuangan beliau dalam memberi pengajaran tentang pengorbanan, adab, tatasusila serta nilai murni.

Medium penceritaan yang seronok melalui dialog jenaka, nyanyi dan tarian dalam naskah ini merupakan pendekatan kepada kanak-kanak untuk memahami gabungan hikayat melayu lama dengan lebih mudah. Penceritaan yang ringan membawa mesej dan nilai murni yang berat.

Adakah Ratu Sukma berjaya mendapatkan Labu-labu Ajaib? Saksikan Teater Muzikal Kanak Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib pada 13,14,15 Oktober 2023 di Istana Budaya.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan Teater Muzikal Kanak- Kanak :Pak Pandir Dan Labu Ajaib berharga di antara RM50 hingga RM250 kini telah pun mula dijual dan boleh didapati di laman sesawang ticket2u.com.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button