BERITA SEMASA

Sejahtera MADANI berjaya kumpul RM120 juta

PUTRAJAYA – Inisiatif Sejahtera MADANI sudah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM120 juta hasil sumbangan 38 syarikat korporat, hari ini.

Sumbangan tertinggi direkodkan daripada Weststar Group berjumlah RM15 juta, diikuti RM10 juta masing-masing daripada YTL Corporation Bhd, Berjaya Corporation Bhd, MMC Corporation Bhd, Genting Bhd, DRB-Hicom Bhd serta Tradewinds Group (M) Sdn Bhd/Yayasan AlBukhary.

Inisiatif itu yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan memperkukuh usaha kerajaan membanteras kemiskinan tegar secara menyeluruh dan berfokus.

Syarikat lain yang turut menyumbang termasuk Sapura Secured Technologies dengan RM3 juta serta Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebanyak RM2.61 juta.

Lima syarikat lain iaitu Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB), Peninsular Medical Sdn Bhd, Yinson Holdings Bhd, WCT Bhd dan Westports Malaysia Sdn Bhd masing-masing menyumbang RM1 juta.

Sebanyak lima syarikat pula menyumbang RM500,000 iaitu Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd, SD Guthrie Bhd, Cypark Resources Bhd, ITMAX System Bhd dan Nirvana Memorial Park Sdn Bhd manakala Fortress Mining Sdn Bhd menyumbang RM300,000 dan Belati Wangsa (M) Sdn Bhd sebanyak RM250,000.

Petrolife Aero Sdn Bhd, WZR Property Sdn Bhd serta AWC Bhd masing-masing menyumbang RM200,000, diikuti FGV Holdings Bhd (RM150,000) dan empat lagi syarikat iaitu Darul Fikir, Farm Fresh Bhd, Pharmaniaga Bhd serta YHA Travel and Tours (M) Sdn Bhd masing-masing RM100,000.

Selain sumbangan tunai, beberapa syarikat tampil menawarkan program intervensi khusus, termasuk Telekom Malaysia (TM) yang menyalurkan Program Keusahawanan Digital bernilai RM10 juta, Grab Malaysia dengan Inisiatif Pemerkasaan Ekonomi bernilai RM5 juta serta Prudential BSN Takaful menerusi program Microtakaful Sumbangan Jariyah (MTJ) berjumlah RM3 juta.

PETRONAS dan Khazanah Nasional Bhd turut dinamakan sebagai Rakan Strategik Sejahtera MADANI namun nilai sumbangan masing-masing tidak dinyatakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button