BERITA SEMASA

RUU Perbekalan 2026 dibaca kali pertama hari ini

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU itu dibentangkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, sebaik selesai sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi ini.

RUU itu adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan (KWD) untuk perkhidmatan bagi tahun 2026.

Bacaan kali kedua RUU berkenaan akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada pukul 4 petang, Jumaat ini

RUU berkenaan kemudian akan dibahaskan di peringkat dasar bermula 13 Oktober hingga 28 Oktober, diikuti sesi penggulungan menteri pada 29 Oktober hingga 4 November.

Perbahasan kemudian disambung untuk peringkat jawatankuasa bermula 5 November sehingga 27 November, sebelum diikuti pembentangan usul lain dan RUU kerajaan, pada empat hari terakhir.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button