RUU Kawalan Produk Merokok sekali lagi dirujuk ke JKPK
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi merujuk Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan untuk diperhalusi.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, keputusan itu dibuat kerana terdapat permintaan untuk supaya beberapa perkara diperhalusi lagi ketika sesi libat urus bersama Jawatankuasa Pilihan Khas kesihatan pada 6 Jun lepas.
“Oleh itu KKM mencadangkan RUU ini dirujuk kepada JKPK Kesihatan bagi penelitian lanjut di mana jawatankuasa ini berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang yang akan mengambil kira pandangan daripada semua pihak.
“Ia kerana, RUU ini memerlukan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak adalah perlu.,” katanya.
Zaliha seterusnya menambah, KKM komited RUU tersebut dapat diluluskan dalam masa terdekat.
Laporan media pagi tadi menyebut, KKM akan membentangkan RUU tersebut bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








