Ronaldo sekali lagi muncul wira Portugal, benam Scotland 2-1
LISBON – Cristiano Ronaldo muncul wira Portugal selepas menjaringkan gol pada lewat permainan, sekali gus membantu pasukannya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Scotland pada aksi Liga Negara-Negara awal pagi tadi.
Lebih manis, jaringan pemain berusia 39 tahun itu telah melebarkan rekod jaringan bekas bintang Real Madrid itu kepada 901 gol sepanjang kariernya.
Ronaldo yang masuk selaku pemain simpanan membantu Portugal meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan A1 Liga Negara-Negara.
Pada Khamis lalu, Ronaldo merekodkan gol ke-900 dengan jaringan ke-131 di peringkat antarabangsa ketika menang ke atas Croatia.
Estadio da Luz di Lisbon bergema dengan sorakan dan laungan nama penyerang Al-Nassr itu selepas dia meledak gol kemenangan dua minit sebelum tamat.
Terdahulu, pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes menjaringkan gol penyamaan Portugal pada babak kedua selepas bekas rakan sepasukannya di Old Trafford, Scott McTominay mencetak gol pendahuluan mengejutkan buat Scotland.
McTominay, yang baru-baru ini berpindah dari United ke Napoli, menyumbat 10 gol dalam 12 penampilan kompetitif terakhir bersama Scotland.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








