
Robert Redford meninggal dunia pada usia 89 tahun
LOS ANGELES – Dunia perfileman antarabangsa berduka dengan pemergian Robert Redford, pelakon, pengarah dan penerbit berpengaruh yang meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Jurucakapnya, Cindi Berger, memaklumkan Redford menghembuskan nafas terakhir ketika tidur di kediamannya di Sundance, Utah, awal pagi Selasa (waktu tempatan).
Bagaiamanapun punca kematian tidak didedahkan.
“Beliau pergi dengan tenang di tempat yang amat beliau cintai, ditemani keluarga tersayang,” kata Berger dalam kenyataan ringkas.
Nama Redford mula melonjak selepas membintangi filem Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969) bersama Paul Newman.
Sejak itu, kariernya melangkaui lebih enam dekad dengan pelbagai kejayaan, termasuk kemenangan trofi Oscar hasil kerja pengarahannya.
Bukan sekadar pelakon, Redford turut mencipta legasi besar apabila menubuhkan Festival Filem Sundance yang kini menjadi platform utama pembikin filem bebas di seluruh dunia.
Dilahirkan pada 18 Ogos 1936 di Santa Monica, California, beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama Lola Van Wagenen dan dikurniakan empat anak.
Pada 2009, beliau berkahwin dengan artis kelahiran Jerman, Sibylle Szaggars.
Selain seni, Redford dikenali sebagai aktivis alam sekitar yang tegas memperjuangkan usaha pemeliharaan landskap dan sumber semula jadi di Utah, negeri yang begitu dekat di hatinya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








