BERITA SEMASA

RIUH Merdeka tarik perhatian, lebih 100,000 banjiri Putrajaya

PUTRAJAYA – Program RIUH Merdeka yang berlangsung seiring sambutan Hari Kebangsaan 2025 berjaya menarik perhatian puluhan ribu pengunjung dengan pelbagai persembahan seni, jualan produk tempatan serta makanan dan minuman.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, program itu dianjurkan di Dataran Monumen Presint 2 sehingga jam 6 petang sebagai pengisian tambahan selepas acara perbarisan di Dataran Putrajaya.

“Tahun ini kita tampilkan kelainan. Selain perbarisan, rakyat boleh terus menikmati suasana kemerdekaan melalui RIUH Merdeka yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

“Alhamdulillah, sambutan sangat meriah dengan lebih 100,000 pengunjung hadir dan seramai 14,062 peserta mengambil bahagian dalam perbarisan,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Fahmi berkata, Perdana Menteri turut menyantuni pasukan human graphic yang dianggotai lebih 2,000 pelajar dari pelbagai sekolah yang berlatih lebih dua bulan bagi menjayakan persembahan.

“Perdana Menteri menyifatkan persembahan kali ini sebagai yang terbaik pernah beliau saksikan,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengakui terdapat beberapa isu teknikal berkaitan kedudukan jurufoto yang dibangkitkan media, namun menegaskan ia akan ditambah baik pada penganjuran tahun hadapan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dijadualkan berlepas ke China pada jam 11 pagi ini untuk lawatan rasmi yang akan mencapai kemuncaknya pada 3 September.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button