Rejim zionis bedil Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a
SANA’A – Tentera rejim zionis kembali melancarkan serangan udara ke atas Yaman, hari ini.
Serangan kali ini menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa di San’a, dan merupakan serangan udara kedua tentera rejim selepas menyasarkan Pelabuhan Hodeidah, semalam.
Laporan Sky News berkata, antara sasaran serangan hari ini termasuk kapal terbang penumpang yang berada di lapangan terbang tersebut, terminal penumpang dan juga landasan kapal terbang.
Sebelum serangan hari ini dilancarkan, jurucakap tentera rejim, Avichay Adraee muncul dalam satu video meminta orang ramai berdekatan kawasan sasaran meninggalkan kawasan itu.
Difahamkan, rejim zionis mengerahkan dua squadron pesawat pejuangnya dalam operasi kali ini.
Setakat ini, belum ada sebarang laporan kemalangan jiwa dari tempat kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







