BERITA SEMASAPOLITIK

Rasuah lesen perlombongan : PKR Sabah sambut baik tindakan SPRM

KOTA KINABALU — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyambut baik kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk mendakwa sekurang-kurangnya dua individu berkait dakwaan rasuah lesen lombong mineral di negeri ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud dalam satu kenyataan hari ini berkata, langkah tersebut sememangnya dinantikan rakyat Sabah yang telah sekian lama mempersoalkan isu pelesenan mineral yang melibatkan sumber asli bernilai tinggi.

Katanya, PKR Sabah berpegang kepada prinsip bahawa ketelusan, integriti dan akauntabiliti mesti menjadi asas dalam setiap keputusan membabitkan kekayaan negeri.

“Rasuah adalah musuh pembangunan. Jika dibiarkan berakar, ia akan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran serta pengurusan sumber negeri,” katanya.

Menurut Mustapha, PKR Sabah menyokong penuh usaha berterusan SPRM untuk membanteras rasuah tanpa mengira kedudukan, pangkat atau pengaruh politik.

Beliau berkata, tindakan SPRM itu memberi mesej penting bahawa budaya salah guna kuasa tidak boleh diberi ruang dan sudah tiba masanya Sabah memperkukuh standard urus tadbir yang lebih tinggi serta berwibawa.

Dalam masa sama, PKR Sabah turut menggesa SPRM meneliti aduan salah guna kuasa melibatkan pengurusan sumber air yang disifatkan semakin kritikal dan memerlukan perhatian segera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button