BERITA SEMASADALAM NEGERI

Polis tahan dua lelaki termasuk guru muzik cabul kanak-kanak

KUALA TERENGGANU – Dua individu ditahan polis berhubung dua insiden berasingan melibatkan kes cabul kanak-kanak di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang guru muzik berusia 54 tahun yang diberkas di kediamannya pada 15 November lalu selepas polis menerima laporan daripada ibu bapa mangsa.

Menurut beliau, guru berkenaan yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus disyaki mencabul empat murid berusia tujuh hingga 10 tahun pada 13 November lalu.

“Suspek direman selama lima hari bermula 16 November untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli memaklumkan, suspek kedua pula adalah bapa saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, dan ditahan di rumahnya petang semalam.

“Suspek direman lima hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut akta sama,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar lebih peka dan memastikan anak-anak memahami bahaya jenayah cabul melalui pendidikan serta penerangan awal di rumah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button