Polis siasat identiti jasad kanak-kanak ditemukan terapung
JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan penemuan jasad seorang kanak-kanak di belakang sebuah pusat membeli-belah di Jalan Sutera Danga, di sini Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, jasad kanak-kanak dipercayai berusia antara lima hingga tujuh tahun itu, ditemukan terapung di Sungai Skudai.
Tambahnya, jasad itu ditemukan warga emas berusia 70 yang turut membuat laporan polis bagi memaklumkan perkara itu.
“Identiti kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti, mangsa dipercayai berusia antara lima hingga tujuh tahun.
“Kanak-kanak berkenaan memakai gelang kaki pada kaki kiri yang mempunyai logo ‘love’ dengan tulisan IV,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Buat masa ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.
“Polis menggesa mana-mana individu yang menyedari kehilangan anak atau ahli keluarga yang seusia mangsa diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
Orang ramai yang memiliki maklumat terkini berkenaan kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 07-5563122.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


