
Polis sahkan mayat ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang sebagai Nidza Afham
KLANG – Polis mengesahkan mayat lelaki dewasa yang dijumpai di sungai sekitar Jambatan Sungai Klang di sini, hari ini sebagai Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23,
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu.
“Mayat itu dijumpai kira-kira jam 7 petang tadi (Rabu) dan disahkan adalah individu yang dilapor hilang (Nidza Afham),” katanya.
Sebelum itu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang Selasa.
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada jam 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.
Lokasi terakhir keberadaan Nidza Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Nidza Afham pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













