BERITA SEMASALUAR NEGARA

PM ucap takziah tragedi gempa bumi Afghanistan, tanah runtuh Sudan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa sedih dan dukacita atas tragedi gempa bumi yang melanda Afghanistan serta tanah runtuh besar di Sudan yang meragut ribuan nyawa.

Dalam kenyataan di media sosial hari ini, beliau berkata, bencana berkenaan bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa, malah meninggalkan kesedihan mendalam kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Saya amat sedih dengan gempa bumi yang melanda Afghanistan sehingga meragut banyak nyawa dan meninggalkan keluarga mangsa dalam kesedihan serta kesusahan.

“Saya juga turut berdukacita apabila dimaklumkan mengenai kejadian tanah runtuh besar di Sudan yang telah meragut lebih seribu nyawa,” katanya.

Perdana Menteri menzahirkan doa serta simpati kepada semua keluarga mangsa yang terkesan.

“Fikiran dan doa saya bersama semua yang telah kehilangan orang tersayang.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Afghanistan dan Sudan dalam waktu penuh duka ini,” katanya lagi.

Gempa bumi pertama dengan kekuatan 6.0 magnitud melanda wilayah timur Afghanistan pada Ahad lalu menyebabkan lebih 1,400 orang terkorban dan 3,000 orang cedera.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh di Pergunungan Marra, barat Sudan pada hari sama turut mengorbankan 1,000 nyawa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button