BERITA SEMASA

PM ucap tahniah kejayaan skuad kuadran muncul juara di Piala Dunia Sepak Takraw

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw atas kejayaan muncul juara acara kuadran di Piala Dunia Sepak Takraw selepas menewaskan India 2-0.

Anwar berkata, kejayaan itu bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Syabas wira negara. Semangat juang yang dipamerkan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Semalam skuad kuadran negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi mempamerkan aksi cemerlang untuk menghadiahkan kemenangan straight set 17-15, 15-10 ke atas India.

Lebih manis kejayaan itu hadir buat kali pertama dalam acara berkenaan.


SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button