PMX

PM zahir penghargaan kepada TH atas kejayaan terima Anugerah Labbaitom

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kejayaan meraih Anugerah Labbaitom daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi buat kali kelima berturut-turut.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata, kejayaan itu mengiktiraf kecemerlangan Malaysia dalam pengurusan dan kebajikan jemaah haji.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen, profesionalisme dan dedikasi seluruh warga TH serta petugas haji yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengurus jemaah haji Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Amal by Malaysia Airlines (Amal) yang menerima anugerah “Misk Al-Khitam” sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan syarikat itu dalam menguruskan prosedur ketibaan jemaah haji bagi musim 1447 Hijrah.

“Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan serta kecekapan institusi dan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh mutu perkhidmatan dan mengharumkan nama negara dalam melayani para tetamu Allah SWT,” katanya lagi.

Anugerah Labbaitom merupakan pengiktirafan tahunan yang diberikan kepada pengurus jemaah haji dari seluruh dunia yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan haji oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button