BERITA SEMASAPMX

PM akui lepas kemarahan, berang kelewatan projek MyDigital dan rangkaian kedua 5G

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui melepaskan kemarahan beliau kerana berang dengan kelewatan projek MyDigital dan rangkaian kedua 5G.

Kata Anwar, kejadian yang berlaku semalam menyebabkan mereka yang hadir dalam mesyuarat tersebut, termasuk menteri Kabinet, terkejut.

“Ada hal rumit yang berbangkit yang menyebabkan saya kurang sabar dalam dua tahun ini. Saya melahirkan rasa kemarahan agak keras sedikit (semalam).

“Kadang-kadang harapan kita tinggi, maknanya MyDigital pelaksanaannya terlambat hampir setahun. Kemudian urusan rundingan DNB (Digital Nasional Berhad) dengan syarikat telco (telekomunikasi) juga tertangguh,” katanya berucap pada perhimpunan bersama kakitangan Kementerian Kewangan (MOF), di sini hari ini.

Anwar berkata, kemarahan itu dizahirkan beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN), semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button