BERITA SEMASA

PLUS mulakan projek penyuraian trafik antara Plaza Tol Juru dan Sungai Dua

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memulakan pelaksanaan Pakej 1 bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Lebuhraya Utara-Selatan bermula hari ini.

PLUS berkata, projek berimpak tinggi itu dijangka mengambil masa selama 24 bulan dan bakal memberi manfaat kepada lebih 200,000 pengguna harian apabila siap sepenuhnya nanti.

“NAZA Engineering & Construction Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai kontraktor utama bagi pakej ini selepas melalui proses tender terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakej 1 merangkumi kerja menaik taraf bulatan di Persimpangan Bertingkat Timur-Barat (KM135.15 – KM135.4) serta pembinaan jejambat baharu di Jalan Tun Hussein Onn (KM133.5 – KM134.5).

Projek itu bertujuan menyuraikan aliran trafik di kawasan berkenaan bagi memastikan perjalanan pengguna lebuh raya dan penduduk setempat menjadi lebih lancar pada masa hadapan.

“Pada peringkat awal, kerja-kerja awalan tidak akan menjejaskan aliran trafik kerana dua lorong sedia ada di kedua-dua hala lebuh raya masih dibuka kepada pengguna,” jelas kenyataan itu lagi.

PLUS turut berkata, pihaknya akan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa mengenai perkembangan terkini projek tersebut melalui saluran media sosial rasmi syarikat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button