SUKAN

Piala FA: Gol saat akhir Imigresen buat Terengganu gigit jari

BATU KAWAN – Debaran di Stadium Negeri Pulau Pinang berakhir dengan kejutan apabila pendatang baharu Liga Super, Imigresen, menghadiahkan mimpi ngeri kepada Terengganu selepas menang 2-1 dalam aksi timbal balik pertama Piala FA sebentar tadi.

Lebih manis, kemenangan itu bukan sahaja memberi bekalan tipis buat skuad kendalian Yusri Che Lah, malah menjadi sejarah kemenangan pertama Imigresen dalam pentas Liga Malaysia (Liga-M) selepas dua perlawanan liga tanpa kemenangan.

Terengganu terlebih dahulu mendahului menerusi Yann Mabella, namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Rafael Holstein meledak gol penyamaan hanya empat minit kemudian dengan rembatan kencang yang menewaskan benteng lawan.

Aksi penuh dramatik itu akhirnya memihak kepada Imigresen apabila bekas penyerang Sabah, Joao Pedro, muncul wira dengan jaringan kemenangan pada minit akhir sekali gus membuatkan penyokong Sang Penyu terdiam.

Kemenangan itu meletakkan Imigresen di depan menjelang aksi timbal balik kedua, manakala Terengganu kini berdepan tekanan besar untuk bangkit jika mahu terus mara dalam saingan berprestij ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button