Pesawat bawa 278 jemaah haji Malaysia alami masalah teknikal, mendarat di Oman
MAKKAH – Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa jemaah haji Malaysia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Muscat, Oman petang tadi akibat masalah teknikal.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan berkata, pesawat dengan nombor penerbangan KT051 (MH8110) itu membawa 278 jemaah haji selamat mendarat pada pukul 4.11 petang (waktu Malaysia).
Kenyataan sama turut menyebut, kesemua jemaah haji tersebut berada dalam keadaan selamat.
“Semua 278 jemaah haji berada dalam keadaan selamat dan pihak keluarga mereka tidak perlu risau.
“KT051 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin, 4 Mei 2026, pukul 2.06 petang waktu Malaysia, dan dijadualkan tiba di Jeddah sekitar 5.50 petang pada hari yang sama,” kata TH dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Dalam pada itu, pihak AMAL by Malaysia Airlines akan melakukan penilaian teknikal ke atas pesawat tersebut sebelum pesawat dibenarkan menyambung penerbangan.
Sekiranya perlu, TH memaklumkan, semua jemaah akan menginap di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








