
Pertunjukan fesyen Mother & Daughter erat hubungan kekeluargaan ibu dan anak
KUALA LUMPUR – Pertunjukan fesyen Mother & Daughter berlangsung penuh meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan sekali gus berjaya mencapai objektif penganjurannya kali ini.
Menurut Penganjur, Datuk Dania Abd Wahab, pertunjukkan fesyen berkenaan adalah bertujuan untuk memupuk unsur nilai-nilai murni dalam sesebuah keluarga terutamanya daripada anak kepada ibu.

Katanya, pertunjukan yang diadakan pada bulan Ramadan itu turut memberi pendedahan kepada mereka yang bukan beragama Islam untuk mengetahui mengenai mengapa umat Islam perlu berpuasa.
“Melalui pertunjukkan fesyen ini kita dapat terapkan hubungan kekeluargaan dalam Malaysia ini kita sudah berubah berkali-kali Malaysia Madani, 1 Malaysia, Keluarga Malaysia.
“Apa yang kita ingin terapkan generasi ini semangat dan nilai murni kepada ibu terutamanya wanita dulu kalau zaman saya, saya sebagai anak perempuan dulu cakap dengan kena lemah lembut dan sopan.
“Ini pertama kali program ini dijalankan sebab apa kalah anda lihat kita banyak wanita berjaya dalam pelbagai bidang, kita kena jadi ikon dengan menghargai pengorbanan wanita.
“Mengambil kesempatan bulan puasa ini juga kepada kaum lain kita boleh beri mereka pendedahan sebab mereka tidak tahu, jadi kita boleh beritahu mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Ditanya mengenai konsep pemakaian skarf yang ditampilkan dalam pertunjukan itu, Dania berkata, skraf itu melambangkan kesederhanaan di bulan Ramadan.
“Konsep pakai skraf itu, inikan bulan puasa sepatutnya kami nak lebih rancak lagi dan kalau kita lihat Malaysia mereka akan kaitkan dengan benda lain jadi sebab itu kami gunakan skraf supaya tidak bebas sangat,” jelasnya.
Dalam pada itu, penganjur juga telah memberikan pengiktirafan dengan memberikan anugerah kepada beberapa tetamu yang sudi hadir bagi berkongsi pengalaman dan detik inspirasi mereka.
Antaranya, Datuk Yatimah Sarjimah dinobatkan sebagai Women of Inspiration Awards Vision Builder Award manakala Puan Sri Maniseh Adam Patron merangkul anugerah Women of Inspiration Awards Lifetime Achievement Award. Ammetta Malhotra Bergin pula menerima Women of Inspiration Awards.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















