BERITA SEMASADALAM NEGERI

Operasi ETS Sungkai–Slim River kembali beroperasi

KUALA LUMPUR – Operasi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) disambung semula selepas gangguan operasi akibat kejadian pokok tumbang di KM268.795 laluan Sungkai–Slim River.

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kerja-kerja baik pulih sistem elektrifikasi selesai dilakukan pada 10.05 pagi hari ini, bagi memastikan perkhidmatan ETS kembali stabil, lancar dan mengikut jadual.

“Bagaimanapun, KTMB menjangkakan kelewatan sementara bagi beberapa perjalanan ETS susulan proses pelarasan semula jadual dan pergerakan tren.

“KTMB merakamkan penghargaan kepada para penumpang atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan operasi, serta memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami,” katanya dalam kenyataan.

Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi KTMB dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 bagi pertanyaan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button