BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pergaduhan di restoran, polis sudah terima laporan

GEORGE TOWN – Laporan polis mengenai dua lelaki yang bergaduh di kaunter sebuah restoran di Jalan Perak di sini pada 31 Mei lalu sudah diterima polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya telah mengambil maklum mengenai kejadian itu selepas videonya tular di plaform X.

”Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 31 Mei lalu, kira-kira pukul 4 pagi di sebuah kedai makan di George Town melibatkan dua lelaki tempatan.

”Pada 1 Jun lalu, kira-kira pukul 8.07 malam, pihak polis telah menerima laporan daripada mangsa kejadian,” katanya memetik Kosmo.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

”Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi serta tidak menularkan lagi rakaman klip video berkenaan,” katanya.

Terdahulu, tular video menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan menunjukkan dua lelaki yang sedang berbalah sebelum mereka berbalas tumbukan hingga di luar kedai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button