BERITA SEMASALUAR NEGARA

Perdana Menteri terima darjah kebesaran tertinggi Turkiye

ANKARA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Order of the Republic, antara darjah kebesaran tertinggi Türkiye, sebagai penghargaan terhadap hubungan erat Malaysia–Türkiye.

Anugerah itu disampaikan Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan mencerminkan pengiktirafan Türkiye terhadap komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh kerjasama dua hala, termasuk hubungan strategik merangkumi pelbagai sektor.

Dalam kenyataannya, Anwar menzahirkan rasa syukur atas penghormatan berkenaan sambil menegaskan penganugerahan itu adalah penghargaan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan, bukan atas kapasiti peribadi beliau.

Menurut beliau, pengurniaan itu melambangkan persahabatan kukuh kedua-dua negara yang terjalin atas asas kepercayaan, saling menghormati dan visi bersama ke arah keamanan serta kesejahteraan global.

Order of the Republic dianugerahkan kepada pemimpin asing yang memberi sumbangan besar dalam memperkukuh hubungan dengan Türkiye, termasuk dalam bidang diplomasi, keselamatan, perdagangan dan pembangunan.

Sementara itu, Anwar berkata Malaysia melihat potensi besar untuk memperluas kerjasama dua hala dengan Türkiye dalam industri halal dan kewangan Islam, yang dikenal pasti sebagai bidang strategik baharu.

Beliau turut menyambut baik persetujuan kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan ke peringkat Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi serta menyatakan keyakinan sasaran perdagangan dua hala bernilai AS$10 bilion (RM 40.6 billio) boleh dicapai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button