JENAYAH & MAHKAMAH

Penunggang motosikal lawan arus mengaku tidak bersalah sebabkan kematian

AMPANG – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di kilometer 22.2 Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) pada 14 Jun lalu.

Tertuduh, Muzyadaha Mohamad, 41, membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Ampang di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Dia yang bekerja sebagai seorang pemandu lori dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan denda maksimum RM50,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diarah lapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran selain diperintah untuk melakukan pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Ogos depan.

Sebelum itu, tertuduh yang berbalut tangan dibawa pihak polis ke Mahkamah Majistret Ampang kira-kira jam 8:50 pagi.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1 tengah hari 14 Jun lalu, mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azaddin yang menunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE ketika cuba mengelak sebuah motosikal yang melawan arus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button