Pengantin perempuan tabah teruskan akad nikah pada hari pemergian ibu
KUALA LUMPUR – Ketabahan seorang pengantin perempuan meneruskan majlis pernikahan pada hari yang sama ibunya meninggal dunia mengundang sebak dalam kalangan netizen.
Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna media sosial, @anna_nurfarhanah menerusi tiga hantaran video yang dimuat naik di TikTok.
“Hari ini birthday dia. Hari ini dia nikah dan hari ini juga mak dia pergi tinggalkan dia.
“Majlis akad nikahnya bersaksikan mak yang dah tak bernyawa. Semoga Wanie kuat, ya. Anna sentiasa doakan Wanie,” tulis kapsyen di video tersebut.
Menerusi video itu, majlis perkahwinan berkenaan berlangsung dalam suasana penuhi emosi apabila jasad si ibu terbujur berhampiran di dalam ruang masjid di lokasi akad nikah.
Ramai tetamu juga dilihat tidak dapat menahan sebak melihat ketabahan yang dipamerkan pengantin wanita tersebut.

Difahamkan, ibu Wanie meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis akad nikah berlangsung.
Menurut penjelasan ahli keluarga terdekat, tahap kesihatan arwah telah merosot sejak kebelakangan ini.
Situasi itu membuatkan Wanie dan bakal suaminya, Sharul berusaha mempercepatkan urusan majlis perkahwinan mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan kebahagiaan Wanie dan suami serta Allahyarhamah ibunya.
“Al-Fatihah untuk arwah mak awak. Selamat pengantin baru. Moga bahagia, moga terus kuat ya. Saya pulak tengok video ni sedih. Allahuakbar. Tak boleh tengok video sedih, saya dah merasa kehilangan ibu,” komen Ira Iliana.
“Di sisi luar kuatnya dia. Tapi di sisi dalam, hanya Allah saja yang tahu. Salam takziah,” tulis Fina Maulod pula.
Setakat ini, perkongsian video-video tersebut tersebut meraih lebih 2 juta tontonan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








