JENAYAH & MAHKAMAH

Pendakwaan mohon mahkamah jatuhkan hukuman sebat ke atas Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara minimum enam tahun, denda tidak kurang RM7 juta dan sebatan antara enam hingga 10 kali ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata demikian ketika sesi pemberatan di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid.

“Wajib dikenakan sebatan kerana berdasarkan kes bagi tertuduh dalam kes lain, mahkamah mengenakan hukuman berkenaan bagi pertuduhan yang sama.

“Justeru itu, kami mohon hukuman penjara berjalan secara berasingan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan Syed Saddiq, 31, bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button