BERITA SEMASA

Penambahbaikan kepada p-hailing dilaksanakan demi keselamatan – Anthony Loke

SEREMBAN – Aspek keselamatan petugas perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal (p-hailing) merupakan tujuan utama penambahbaikan perlu dilaksanakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat itu bukan hanya tertakluk kepada penunggang malah kepada syarikat platform berkenaan memandangkan ia merupakan antara industri besar dalam negara.

“Yang penting apa kita nak lakukan adalah untuk aspek keselamatan mereka, kita bukan nak susahkan mana-mana pihak gig ekonomi kerana kita tahu mereka juga ada masalah di lapangan tapi kita nak tekankan aspek keselamatan penunggang.

“Kita tak nak lihat penunggang ini sebab nak cari rezeki, mereka bawa laju (motosikal) sehingga membahayakan diri, itu bentuk tambah baik yang kita akan lakukan nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya 2023, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya setakat ini belum mempunyai apa-apa keputusan berhubung meluluskan perkhidmatan teksi motosikal atau ‘gojek’ sebagai alternatif pengangkutan awam di negara ini.

Loke berkata walaupun terdapat permintaan daripada syarikat tempatan untuk menjadikan perkhidmatan itu sebagai projek rintis, pihaknya perlu melihat mod kesesuaian selain kesediaan rakyat untuk menerimanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button