Pelumba Moto3 Switzerland stabil tapi kritikal
CYBERJAYA – Pelumba Moto3 dari Switzerland, Noah Dettwiler yang terlibat dalam kemalangan serius ketika Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, dilaporkan stabil tetapi masih dalam keadaan kritikal.
Menerusi pasukannya CIP Green Power, Dettwiler, 20, sudah menjalani beberapa pembedahan dan semuanya dilaporkan berjalan lancar.

“Menurut doktor yang merawat, keadaannya kini stabil namun masih kritikal,” kata kenyataan itu yang dikongsikan di akaun rasmi pasukan tersebut di aplikasi X.
Kemalangan tersebut berlaku ketika sighting lap sebelum perlumbaan sebenar dimulakan, membabitkan Dettwiler dan juara dunia baharu Moto3, Jose Antonio Rueda dari Sepanyol.
Perlumbaan kemudiannya ditangguh sementara dan dipendekkan susulan kemalangan berkenaan.
Kedua-dua pelumba dilaporkan sedar selepas insiden dan dihantar ke hospital menggunakan helikopter untuk rawatan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


