POLITIK

Peletakan jawatan Tengku Zafrul tidak jejas UMNO Kota Raja – Megat Zulkarnain

SHAH ALAM – Peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak menjejaskan pergerakan parti kawasan berkenaan.

Buktinya, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, tiada satu pun cawangan UMNO dalam bahagian tersebut ditutup susulan peletakan jawatan itu.

Menurut Megat, jawatan Ketua Bahagian tersebut kini dipangku Timbalan Ketua, Raof Mokhtar yang berjaya meneruskan aktiviti secara biasa.

“Saya bangga dengan saudara Raof sebagai Timbalan Ketua Bahagian, serta Naib Ketua Bahagiannya dan ketiga-tiga pemimpin sayap dan keseluruhan jawatankuasa sayap masing-masing akan meneruskan perjalanan aktiviti UMNO Kota Raja seperti biasa.

“Dan yang lebih menggembirakan, (malam) tadi dapat kita saksikan UMNO Kota Raja tidak ada satu cawangan pun yang ditutup,” katanya dalam sidang media menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Sayap-Sayap UMNO Selangor 2025, di sini malam tadi.

Related Articles

Ketika ditanya sama ada Raof akan diangkat sebagai Ketua Bahagian selepas ini, Megat Zulkarnain berkata, perkara itu akan ditentukan selepas waktu pemilihan nanti.

“Itu tunggu masa pemilihan. Selagi belum masa pemilihan, kita akan ada pemangkuan Ketua UMNO Bahagian yang selalu akan diisi oleh Timbalan Ketua Bahagian,” katanya.

Pada masa sama katanya, beliau tidak mahu melihat isu membabitkan Tengku Zafrul menjadi gangguan sehingga menyebabkan UMNO Selangor tidak boleh bergerak ke mana-mana.

Tengku Zafrul sebelum ini sudah mengumumkan menghantar surat peletakan jawatannya daripada semua jawatan dalam parti UMNO, dan menyatakan hasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button