
BERITA SEMASA
Pelantikan MB Negeri Sembilan baharu dibuat esok – SUK
KUALA LUMPUR – Istiadat pelantikan dan Mengangkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu akan diadakan esok.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, istiadat itu akan diadakan esok pukul 3 petang di Istana Besar Seri Menanti.
Semalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Difahamkan, Datuk Seri Aminuddin Harun sekali lagi akan diberikan kepercayaan mengemudi negeri itu walaupun terdapat nama lain juga disebut-sebut.
Untuk rekod PH menyumbang 17 kerusi manakala BN 14 kerusi.
Perikatan Nasional (PN) pula berjaya mendapat lima kerusi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








