Pelakon terkenal dengan watak antagonis, Daddy Rock meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Pelakon watak gangster popular, Daddy Rock menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di Hospital Selayang di sini.
Berita sedih itu disahkan oleh Presiden Konsortium Industri Rakaman Music Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid.
“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Paparock Neva Dai pelakon yang telah meninggalkan kita semua.
“Pihak IRAMA dan Koperasi IRAMA merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian beliau.
Semoga Allah SWT mengampuni, merahmati dan menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang beriman.
“Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan dan ketabahan,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Semalam pelakon yang dikenali menerusi watak antagonis dalam filem dan drama seperti Kisah Paling Gangster, Jangan Pandang Belakang, Bohsia, Kampung People dan Gerak Khas itu dilaporkan berada dalam zon kritikal dan ditidurkan selepas kedua-dua kakinya dilaporkan gagal berfungsi dipercayai akibat darah beku.
Kedua-dua kaki Daddy Rock atau nama sebenarnya Shahrul Azman Mohd Shahril tidak berfungsi lagi kerana darah beku tersekat di bawah perut dan tidak lagi mengalir ke bahagian kaki.
Pada Oktober 2021, Daddy Rock pernah dirawat di sebuah pusat perubatan di Bukit Rimau, Shah Alam selepas menjalani prosedur memasukkan sten bagi merawat saluran darah tersumbat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

