Pekerja kantin disimbah asid, melecur bahagian atas badan
SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kantin mengalami kecederaan melecur sebanyak 11 peratus pada bahagian muka, leher dan dada selepas dipercayai disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Jeniang, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.15 pagi, Jumaat lalu.
Menurut beliau, seorang wanita menghubungi pihak polis memaklumkan mangsa disimbah bahan kimia dipercayai asid oleh seorang lelaki ketika berada di stesen minyak berkenaan.
“Suspek lelaki berusia 36 tahun berjaya ditahan awal pagi ini dan akan dibawa ke mahkamah untuk proses permohonan reman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hanyan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu.
Tambahnya, mangsa yang juga berusia 36 tahun kini masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau bahan berbahaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








