
Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan lapor SKMM poster palsu libatkan menteri
PUTRAJAYA – Satu poster yang mendakwa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta supaya Malaysia mencontohi Amerika berhubung isu tanaman padi adalah palsu.
Menurut Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, poster palsu itu telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.
“Poster yang sedang diviralkan ketika ini adalah fitnah dan tidak betul.
“Pihak Pejabat Menteri telah melaporkan perkara ini kepada SKMM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Terdahulu tular satu poster yang menggunakan gambar Mohamad dengan mendakwa beliau berkata Malaysia wajar mencontohi Amerika Syarikat, walaupun tiada sawah padi tetapi negara itu tiada isu kenaikan harga beras.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



