BERITA SEMASA

Pasukan penyelamat temui dua mangsa selamat, satu masih hilang

BESUT – Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan dua mangsa tertimbus, dan masih meneruskan pencarian seorang lagi mangsa kejadian runtuhan bangunan restoran di sebuah resort di Pulau Perhentian, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, dua pekerja lelaki warga Indonesia masing-masing berusia 33 dan 48 tahun itu ditemui selamat dan telah dihantar ke Hospital Besut untuk menerima rawatan lanjut.

“Pihak polis menerima laporan pada pukul 6 pagi daripada orang awam yang memaklumkan berlaku runtuhan di sebuah resort di Pulau Perhentian melibatkan tujuh mangsa.

“Hasil siasatan mendapati ketika penyelia sedang tidur, dia terdengar bunyi dentuman bangunan restoran runtuh. Dia yang kemudian keluar dari bilik mendapati bangunan restoran telah runtuh.

“Keadaan ketika itu masih gelap selain jarak pejabat dengan lokasi kejadian lebih kurang 30 meter,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini seorang mangsa masih belum dijumpai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button