Netanyahu halau penduduk dari Gaza City, amaran tingkat operasi ketenteraan
JERUSALEM – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengulangi amaran kepada penduduk Gaza City supaya segera meninggalkan bandar itu, susulan peningkatan operasi udara dan darat oleh tenteranya.
Amaran itu dibuat selepas siri serangan besar-besaran yang menyasarkan bangunan kediaman, termasuk Menara Al-Ruya yang roboh dalam serangan udara hari ke empat semalam.
Serangan bangunan empat tingkat itu dilakukan atas dakwaan menjadi pusat risikan Hamas.
“Dalam masa dua hari, kami berjaya merobohkan 50 bangunan tinggi. Ini hanyalah permulaan. Saya tegaskan sekali lagi kepada penduduk Gaza City, tinggalkan bandar itu sekarang,” kata Netanyahu.
Serangan Israel pada Isnin dilaporkan meragut sekurang-kurangnya 39 nyawa, termasuk 25 orang di Gaza City, menurut agensi pertahanan awam Gaza.
Pada hari yang sama di Jerusalem, enam orang awam Israel terbunuh manakal berbelas lagi cedera selepas dua penyerang Palestin melepaskan tembakan ke arah sebuah bas awam.
Kedua-dua penyerang kemudiannya ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel.
Dalam satu lagi insiden, tentera Israel mengesahkan empat anggotanya terkorban apabila pejuang Palestin melontarkan bahan letupan ke dalam kereta kebal.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan bahawa Israel telah menerima syarat damai yang dicadangkan Washington.
Beliau turut memberi amaran keras kepada Hamas supaya menerima cadangan itu atau berdepan dengan ‘akibat terakhir’.
Bagaimanapun, Hamas dalam kenyataan balas menyatakan kesediaan untuk berunding namun menuntut pengunduran penuh Israel dari Gaza serta pembentukan jawatankuasa pentadbiran Palestin bebas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








