LUAR NEGARA

Nestlé pecat CEO Laurent Freixe, diganti Philipp Navratil

GENEVA – Gergasi makanan Switzerland, Nestlé, semalam mengumumkan pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Laurent Freixe berkuat kuasa serta-merta selepas siasatan dalaman mendapati beliau menjalinkan hubungan dengan seorang pegawai bawahan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut kenyataan rasmi syarikat itu, lembaga pengarah menilai tindakan Freixe sebagai pelanggaran serius terhadap kod etika dan garis panduan dalaman Nestlé.

CEO Nestle Dipecat
Tindakan Freixe dianggap sebagai pelanggaran serius terhadap kod etika dan garis panduan dalaman Nestlé.

“Keputusan ini perlu diambil,” kata Pengerusi Nestlé, Paul Bulcke sambil merakamkan penghargaan atas khidmat hampir 40 tahun Freixe bersama syarikat tersebut.

Bagi mengisi kekosongan itu, lembaga pengarah melantik Ketua Pegawai Eksekutif Nespresso, Philipp Navratil, sebagai pengganti.

Nestlé menegaskan hala tuju strategik syarikat tidak berubah, namun menekankan komitmen untuk mempercepatkan pertumbuhan dan kecekapan.

Navratil yang menyertai Nestlé sejak 24 tahun lalu memulakan kerjaya dalam bahagian audit dalaman pada 2001.

Beliau dilantik sebagai CEO Nespresso pada tahun lalu dan sejak Januari tahun ini turut menjadi anggota lembaga eksekutif.

Freixe sebelum ini hanya mengambil alih jawatan CEO Nestlé pada September 2024, menggantikan Mark Schneider, pengurus dari Jerman yang juga bekas CEO Fresenius.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button