BERITA SEMASA

MPSepang tawar diskaun kompaun parkir sejak 2009 sepanjang Julai

SEPANG – Berita baik buat pemilik kenderaan yang mempunyai tunggakan saman parkir di bawah Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Sepanjang bulan Julai 2025, MPSepang melancarkan Kempen Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta, membolehkan orang ramai menjelaskan kompaun pada kadar lebih rendah.

Kempen yang bermula 1 hingga 31 Julai 2025 itu menawarkan kadar istimewa seperti berikut:

– Kompaun parkir tahun 2009 hingga 2020: hanya RM5
– Kompaun parkir tahun 2021 hingga 2025: hanya RM10

“Bagaimanapun, kesalahan melibatkan petak parkir 2 jam dan petak khas Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak termasuk dalam tawaran ini,” menurut kenyataan di laman Facebook agensi tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai boleh menyemak dan membuat bayaran dengan mudah melalui beberapa aplikasi dan portal rasmi.

Antaranya ialah FlexiParking, Smart Selangor, PBTpay, CEPat dan melalui portal rasmi MPSepang di laman web ekl.mpsepang.gov.my.

Kempen itu bukan sahaja bertujuan mendorong penyelesaian tunggakan, malah menggalakkan pematuhan terhadap peraturan parkir demi kelancaran lalu lintas dan kesejahteraan bandar.

Orang ramai digalakkan mengambil peluang ini sebelum tempoh tamat untuk mengelakkan tindakan lanjut dan kadar kompaun asal dikenakan semula.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button