Pesona Selera Ramadan: Movenpick KLIA hidangkan 300 juadah dalam 18 gerai unik
SEPANG – Sempena bulan Ramadan ini, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA mempersembahkan Bufet Makan Malam Pesona Selera Ramadan, menampilkan lebih 300 jenis hidangan daripada 18 gerai berbeza.
Menurut Chef Eksekutif, Alfithri Shah Albakri, setiap gerai mempunyai menu tersendiri dan tiada hidangan yang diulang di gerai lain bagi memastikan pengalaman menjamu selera tetamu lebih menarik dan pelbagai.
“Tahun ini, bufet turut menampilkan tiga hidangan baharu seperti masak lemak tujang, tempoyak masak keladi serta lemang segar yang dibakar setiap hari, mengekalkan keaslian citarasa tradisi Melayu.
“Setiap tahun kami menambah baik menu berdasarkan maklum balas tetamu dan inspirasi dari bazar Ramadan, supaya juadah yang disajikan unik dan mengujakan,” jelas beliau.

Selain itu, Alfithri turut menekankan bufet itu diinspirasikan daripada bazar Ramadan di Malaysia, di mana pelbagai hidangan tersedia dan orang ramai boleh menikmati pengalaman makan yang meriah.
“Saya suka melihat orang makan dan memberi maklum balas. Ia membantu kami membina pengalaman yang lebih baik setiap tahun,” tambahnya.

Selain bufet Ramadan, hotel turut memperkenalkan Pakej Taraweehcation yang boleh ditempah antara 23 Februari hingga 18 Mac, merangkumi penginapan bersama sahur dan bufet iftar.
Dalam meraikan Syawal, hotel juga menganjurkan Bufet Hi-Tea Hari Raya pada 21 dan 22 Mac ini, dari pukul 12 tengah hari hingga 4 petang, bagi membolehkan tetamu terus mengeratkan silaturahim dalam suasana santai.
Tidak sekadar menumpukan aspek komersial, pihak hotel juga menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Program Ihya’ Ramadan Bersama Golongan Warga Emas, OKU dan Anak-anak Yatim Asnaf pada 20 Februari ini di Dataran, Convention Centre.
Program itu bakal melibatkan kira-kira 150 penerima manfaat daripada beberapa pertubuhan kebajikan termasuk Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah.
Pengurus Besar hotel, Rudy Fajar berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen pihak hotel dalam menyemai nilai ihsan dan kebersamaan sepanjang Ramadan.
“Ramadan adalah waktu untuk kita berkongsi rezeki dan saling mengambil berat. Menerusi program ini, kami berharap dapat mencipta momen bermakna serta membawa kegembiraan kepada komuniti,” katanya.
Bagi harga dan promosi, bufet Pesona Selera Ramadan ditawarkan pada harga RM158+ bagi dewasa mulai 17 Februari hingga 18 Mac 2026, manakala kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dikenakan RM85+ seorang.
Pakej Taraweehcation bermula pada harga RM680+ semalam, manakala bufet Hi-Tea Hari Raya ditetapkan bermula RM112 bagi dewasa dan RM56 bagi kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun, dengan promosi ‘early bird’ RM88+ bagi 30 tempahan terawal.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








