POLITIK

MKT UMNO tangguh pemilihan parti, fokus persediaan hadapi PRN, PRU16

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan tahun ini bagi memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dicapai badan tertinggi parti itu dalam mesyuaratnya, di sini hari ini.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan Pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini kepada tarikh tidak boleh melebihi enam bulan selepas PRU16.

“Ini bagi memastikan seluruh jentera parti di semua peringkat dipersiapkan untuk menghadapi kemungkinan PRN dan PRU-16 yang boleh diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Asyraf Wajdi turut memaklumkan, mesyuarat hari ini turut memperincikan beberapa ketetapan penting termasuk penetapan tarikh persidangan tahunan di semua peringkat parti bagi 2026.

Katanya, Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan akan berlangsung mulai 1 April hingga 17 Mei, manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian diadakan bermula 1 Jun hingga 12 Julai.

“Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU2026) pula dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 16 Ogos depan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button