BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

MINDEF tunggu siasatan dakwaan penggubahan wang haram pegawai ATM

KUALA LUMPUR – Dakwaan kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan seorang pegawai atasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini berada dalam perhatian Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Menteri Pertananan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang akan dilaksana dan dijalankan, serta menegaskan komitmen terhadap pematuhan undang-undang dan prinsip keadilan.

“MINDEF menegaskan komitmen Kementerian terhadap pematuhan undang-undang dan prinsip keadilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat terhadap seorang pegawai atasan ATM berhubung dakwaan berkaitan isu pengubahan wang haram.

Laporan dakwaan itu dibuat Aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara, hari ini.

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa aktivis berkenaan untuk tampil membuat laporan rasmi berhubung dakwaan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya bersedia menyiasat sebarang dakwaan rasuah atau salah guna kuasa sekiranya mempunyai maklumat dan bukti yang boleh dipercayai.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan menunggu hasil siasatan rasmi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut atau mengambil tindakan seterusnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi, tuduhan atau penghakiman sendiri sehingga siasatan selesai dan dapatan rasmi diumumkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button